no comments

TAKZIAH.. IBU ZUL ARIFFIN MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG..

Ibu kepada pelakon Zul Ariffin, Robiah Nasir, telah meninggal dunia kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya iaitu kakak kepada aktor Zul Ariffin di Sungai Penchala, Damansara.

Astro Gempak difahamkan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.

Takziah diucapkan kepada Zul Ariffin dan keluarganya dan semestinya ini merupakan kehilangan terbesar kerana Robiah sangat rapat dengan anak-anaknya.

Sementara itu di ruangan komen Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), sudah mula dihujani ucapan takziah daripada para peminat.

Mereka turut mendoakan agar Zul Ariffin tabah menjalani ujian ini.

Tiada perkara yang lebih memilukan dan menyedihkan di dunia ini melainkan kehilangan ibu tersayang. Jika anda pengikut setia Zul Ariffin, pastinya anda mengetahui bahawa Zul sangat mengutamakan ibunya, Robiah Nasir dalam segala perkara.

Melihatkan beberapa muatnaik gambar daripada di Instagram yang menyatakan bahawa ibu Zul Ariffin telah meninggal dunia, bimbang juga perkara tersebut sebagai berita palsu.

Bagaimanapun, berita berkenaan perkara tersebut disahkan benar oleh Zul sendiri ketika dihubungi.

“Betullah apa yang dikongsikan di laman sosial itu,” jelas Zul sambil menyatakan bahawa ibunya meninggal dunia sekitar jam 4 pagi tadi.

Untuk pengetahuan anda, Zul sudah memadam akaun Instagram setelah beberapa isu melandanya beberapa minggu lepas.

Salam takziah buat Zul Ariffin dan semoga pelakon lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan ibu tersayang yang pastinya tiada pengganti. (rtky/s)

sumber:astrogempak & rotikaya

Artikel Berkaitan

“Ya saya rapat dengan mak”

PELAKON, Zul Ariffin mengakui dia sememangnya rapat dengan ibunya apabila dilihat sering memuat naik foto di laman media sosial bersama-sama.

Katanya, antara sebab utama dia serius di dalam karier lakonannya adalah disebabkan pengaruh ibunya itu.

“Ya, saya memang rapat dengan mak, lagipun saya anak bongsu dan beza saya dengan adik beradik yang lain jauh.
“Selain itu, pada awal karier lakonan saya, ada juga mak suruh cari kerja yang lebih stabil, daripada situ saya berazam nak tunjuk padanya makna sebenar ‘berlakon’ supaya nampak macam pelakon dan bukan sekadar lakonan ala kadar sahaja.

“Alhamdulillah, bagaimanapun, daripada dulu sampai sekarang mak tetap sokong saya dan hasilnya seperti anda lihat,” katanya ketika ditemui di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Bagaimanapun katanya, untuk penggambaran filem kali ini, dia tidak membawa ibunya ke set.

“Untuk filem terdahulu saya ada bawa mak ke set penggambaran dan ada kejadian di mana saya pengsan, buka-buka mata je, muka mak terpampang dulu.

“Jadi untuk elakkan dia risau, saya tak bawa dia ke set filem ini, lagipun dengan keadaan hutan belantara, takut dia tidak selesa pula,” katanya.

Sementara itu, pelakon berbadan sasa itu juga berkongsi pengalaman bagaimana lututnya tercedera sewaktu pembikinan filem Tombiruo.

“Boleh dikatakan hampir kebanyakan aksi dalam filem tersebut, saya lakonkan sendiri, jadi memang agak banyak juga kecederaan.

“Ada satu babak tu dimana saya kena melompat kat dalam hutan dan entah bagaimana tersalah lompat membuatkan ligamen lutut saya cedera, doktor terus menasihatkan agar saya berehat dan tidak melakukan aksi lasak.

“Namun, perkara tersebut merupakan cabaran buat saya dan sememangnya saya sangat ‘enjoy’ membawakan watak Ejim dalam filem tersebut,” katanya lagi.

Katanya lagi, dia banyak berkomunikasi dengan penulis novel, Ramlee Awang Murshid untuk mendapatkan ‘feel’ watak Ejim tersebut.

“Masa awal ‘shooting’ saya jumpa dengan abang Ramlee dan tanya dia apa yang dia bayangkan watak Ejim ini dan cuba ‘hidup’kannya.

“Setiap kali abang Ramlee ada di set saya akan minta dia lihat lakonan saya dan nilai, jika baik, barulah saya puas hati dengan lakonan saya,” tambahnya lagi.

sinar harian