no comments

Ayah Dimasukkan Ke Hospital Kena Strok, Tomok Minta Peminat Turut Berdoa.

Ayah Kena Strok, Tomok Minta Peminat Turut Berdoa
Penyanyi Tomok memohon peminat berdoa bersamanya agar ayahnya disembuhkan daripada kesakitan dialaminya.

Ayah Tomok telah dimasukkan ke hospital akibat serangan strok.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @tomokofficial sebentar tadi.

“Ayah saya kena strok pada 13hb yang lepas menyebabkan sebelah kanan badan hingga kaki dia tidak boleh bergerak.

“Percakapan juga terganggu. Saya minta doa sahabat semua semoga di permudahkan segalanya untuk ayah saya.

“Kalau ada info apa-apa tentang proses rawatan strok boleh bagitau saya dan kami akan iktiar semampu boleh,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya ayahnya kembali pulih selepas menerima rawatan.

@kingcapiqaya: ‘Allah sembuhkan ayah @tomokofficial dan sembuh seperti sediakala. Amiin.

@olong: ‘Cari tukang urut. Bonda saya kena urut 3 bulan terus baik. Urut 15 sesi dalam masa 2 bulan. Doctor pun terkejut. Ade yang kena kekal lemak ( mulut senget), tangan tak boleh gerak sebab depa tak pi urut. Keluar hospital terus pegi urut. Alhamdulilah semoga sihat sejahtera.

@eychaa_aishah: ‘Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Diharapkan agar Tomok dan keluarga tabah tempuhi dugaan ini.